Konsep Oh Bazar

Oh Bazar komited ingin menjadi platform Online Store yang bereputasi tinggi sebagai marketplace terbaik bagi peniaga di Facebook. Oh Bazar merupakan platform multi-vendor di mana peniaga boleh mendaftar secara percuma dan mula menjual secara online. Pembeli pula akan punya mempunyai lebih banyak pilihan dan penawaran yang terbaik dari pelbagai penjual di sini.

Oh Bazar akan mengenakan yuran bayaran bagi setiap kemasukan sebagai seller. Pendaftaran adalah hanya RM50! Anda hanya perlu membayar SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP

Caj ini dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya kepada anda sebagai kos pengurusan menerusi penawaran Payment Gateway FPX yang kami sediakan. Fungsi FPX kami akan memudahkan anda untuk mengurus tempahan tanpa perlu bersusah payah menerima tempahan secara manual yang juga akan menyusahkan pelanggan. Sungguh mudah, semuanya automatik apabila dibayar online dan anda hanya perlu proses pembelian mereka setelah pembayaran berjaya dibuat.

Anda boleh menjual apa jua produk di sini mengikut kategori yang kami sediakan. Namun, produk makanan dimasak panas adalah tidak dibenarkan melainkan produk sejuk beku.

Anda haruslah menetapkan harga setiap produk termasuk kos penghantaran di dalam Dashboard anda. Bagi setiap pembelian, anda mestilah menguruskan penghantaran kepada pelanggan.

Anda hanya boleh mengeluarkan pendapatan jualan anda dari kami dengan pendapatan minimum RM100. Caj RM3 akan ditolak dari setiap transaksi.
Proses ini akan dilaksanakan pada setiap hari rabu. Sila pastikan anda telah mengisi maklumat bank syarikat anda

Bagi memastikan akaun anda kekal aktif, sila pastikan anda menguruskan sebaik mungkin tempahan yang diterima. Kami akan menghentikan penjualan produk akaun anda sekiranya mendapati beberapa etika dilanggar oleh penjual

Bagi setiap RM3 yang kami caj. RM0.30 akan dimasukkan ke dalam tabung marketing Oh Bazar. Wang terkumpul akan dibelanjakan ke FB Ads untuk memberikan lebih pendedahan kepada pembeli berpotensi. Penjual juga digalakkan meletakkan link kepada kedai mereka di setiap status atau iklan mereka di Facebook untuk menarik lebih ramai pembeli di sini.

Sebagai perantara transaksi, pembeli berhak menuntut pemulangan wang sekiranya item yang dihantar adalah palsu, tidak menepati spesifikasi dijanjikan, lewat, atau rosak ketika proses penghantaran berlaku. Pembeli mestilah memulangkan item terus kepada penjual dan penjual dan melaporkan kepada Oh Bazar bagi tujuan pemulangan. Caj pemulangan dari Oh Bazar adalah pada harga RM3 dari jumlah sebenar dibayar pelanggan dan pembeli tidak akan mendapat dan tidak dibenarkan menuntut pembayaran tersebut. Tempoh bertenang bagi satu tempahan ialah seminggu bagi penjual menghantar kepada pelanggan dan tambahan seminggu bagi pelanggan untuk membuat pemulangan. Hubungi kami di sini untuk pemulangan

Share